Jumaat, 30 Oktober 2009

Minit Mesy AJK TAKMIR

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATAN KUASA TAKMIR MASJID KAMPONG LUMAPAS KALI KE-2, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Tarikh : 9hb. Oktober, 2009 Masihi / 20 Syawal 1430 Hijrah
Tempat : Masjid Kampong Lumapas, NBD.
Masa : 7.55 malam / Selepas menunaikan Solat Isyak berjemaah.

Ahli Yang Hadir adalah seperti dalam senarai di bawah ini:-

YM Awang Muhaimin bin Haji Maaruf (Imam)
YM Tuan Haji Kamis bin Haji Talip (Timbalan Pengerusi)
YM Haji Ahmad Bin Haji Sapar (Penolong Setiausaha)
YM Haji Mustapha bin Haji Mamit
YM Haji Abu Bakar bin Haji Jeludin
YM Haji Marjik bin Haji Lampong
YM Haji Ahad bin Haji Hidup
YM Haji Raman bin Haji Japar
YM Haji Awang Matussin bin Hidop
YM Cikgu Manan bin Haji Ratu
YM Awang Haji Sufri bin Haji Metassan (Merbut)
YM Md Salleh bin Haji Abd Rahman

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Kamis bin Haji Talip (Pengerusi II). Majlis dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Imam Awang Muhaimin bin Haji Maaruf.

AGENDA

Agenda Pertama – Menyemak Minit Mesyuarat Yang Lepas

Pengerusi membacakan minit mesyuarat yang telah lalu, manakala ahli-ahli yang hadir menyemak minit yang diberikan. Alhamdulillah, minit dibuat dengan sebaiknya dan tidak ada sebarang pembetulan atau perkara yang tertinggal.

Agenda Kedua – Perkara Berbangkit

(a) Lampu Kecemasan (Emergency Lights) –

Bagi mengatasi masalah lampu padam yang berlaku di masjid. AJK bersetuju akan membaiki lampu-lampu kecemasan yang dapat lagi dibaiki ATAU membeli lampu yang baru tertakluk kepada harga mana lebih murah samada membaiki berbanding dengan harga membeli.

(b) Lampu Cucul -

Pegawai Masjid (Imam Muhaimin) membertahu ahli-ahli bahawa masih BELUM ada tindakan diambil oleh pihak berkenaan ke atas pemohonan membaiki cucul yang rosak untuk kegunaan bulan Ramadan yang berlalu.
AJK mencadangkan supaya dipohonkan lagi secara bersurat (formal). Diharap setidak-tidaknya lampu cucul itu dapat digunakan sebelum menjelang Hari Raya Aidil Adha akan datang ini.

(c) Takbir Hari Raya Aidil Adha.

Ada cadangan supaya sedikit perubahan dibuat bagi membisaikan cara yang sedia ada pada masa ini.

(d) Lapik Sembahyang di Kawasan Lapang (Kanvas).

Majlis bersetuju membeli lapik (kanvas) berkenaan untuk keperluan jemaah bersembahyang di kawasan lapang selain meminjam dari Koperasi TASAMUL.

(e) Mengadakan Mesyuarat bagi Pembubaran/Perlantikan AJK TAKMIR.

MAJLIS bersetuju supaya terlebih dahulu meminta pandangan dan nasihat Ketua Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah sebelum mengadakan mesyuarat berkenaan.

MAJLIS memohon khidmat dan jasabaik YM Imam Muhaimin akan dapat menghubungi pegawai berkenaan. Jika perlu tindakan tersebut disusuli secara bersurat.

Majlis telah bersetuju supaya Minit Mesyuarat berkenaan disahkan.

Agenda Ketiga - Majlis Doa Selamat kepada bakal-bakal Jemaah Haji Kampong Lumapas

Majlis tersebut akan diadakan pada Hari Jumaat malam Sabtu 30hb. Oktober, 2009M iaitu selepas menunaikan Solat Fardu Maghrib berjemaah.

Maklumat keramaian dan nama-nama bakal jemaah akan diperolehi dari Jabatan Haji untuk menjemput mereka hadir ke majlis iu nanti.

Seorang PENCERAMAH akan diundang memberikan ceramah berkaitan Ibadat Haji bagi menyerikan lagi majlis itu nanti.

Jamuan juga akan diadakan untuk seramai 100 jemaah. Begitu juga dengan cendera hati kepada penceramah seperti mana lazimnya.

MAKLUMAN dan POSTER pemberitahun kepada orang ramai dan bakal-bakal Haji akan dibuat.

MAJLIS juga mengalu-alukan sedekah berupa kueh-mueh dan minuman dari jemaah serta penduduk kampong.

Agenda Keempat - Sambutan Hari Raya Aidil Adha (Korban)

Insya-Allah akan dijalankan seperti lazimnya dilakukan seperti tahun yang sudah-sudah.

Tahun ini majlis bersetuju agar LAUNGAN TAKBIR RAYA BERGEMA SEPANJANG WAKTU MAGHRIB HINGGA MASUK KE WAKTU ISYAK.

Ke arah itu, majlis bercadang mempelawa BELIA-BELIA khasnya atau siapa saja akan tampil agar terlibat sama bagi meyemarakkan lagi laungan takbir berkenaan. Majlis bersetuju melantik YM Cikgu Manan bin Haji Ratu diamanahkan dan diberi kepercayaan bagi menyelaras dan memimpin aktiviti berkebajikan ini.

Agenda Kelima - Majlis Korban

Pada dasarnya majlis bersetuju mangadakan Majlis Korban pada tahun ini. Walau bagaimanapun tertakluk kepada sambutan orang ramai nanti. Untuk maklumat awal, AJK akan mendapatkan maklumat berkenaan dari syarikat pembekal binatang korban seperti harga dan lain-lain untuk makluman jemaah yang berminat.

Agenda Keenam – Hal-hal Lain

Berhubung dengan sedekah beras yang masih belum diagihkan kepada fakir miskin, AJK akan mengagih-agihkan sedekah berkenaan ke rumah-rumah fakir miskin berkenaan dengan sesegeranya.

Majlis bersetuju supaya carpet masjid pada masa ini yang dipasang sejak masjid ini dibina supaya dipohonkan kepada pihak berkenaan agar diganti dengan carpet yang baru
Atau
Setidak-tidaknya dipohonkan kepada pihak berkenaan supaya dapat dicuci dan dibersihkan semuanya.

Berhubung dengan Hamba Allah yang akan berwakaf sebuah kereta. AJK mencadangkan agar kereta berkenaan dibubuh nama:-

“KERETA WAKAF MASJID KG LUMAPAS”

Kereta itu nanti boleh digunakan bukan sahaja dapat membawa jenazah tapi juga boleh digunapakai untuk perkara-perkara yang difikirkan sesuai seperti memberi khidmat semasa ditimpa musibah dan lain-lain.

PENUTUP - Mesyuarat selesai pada jam 9.40 malam. Majlis diakhiri dengan bacaan Surah Al-As beramai-ramai yang dipimpin oleh Imam Muhaimin.

Wassalam.

Dicatat Oleh:

Haji Ahmad bin Haji Sapar
Setiausaha II

Disemak dan disahkan oleh:
YM Awang Muhaimin bin Haji Maaruf (Imam Masjid) dan YM Hj Kamis bin Hj Talip (Pengerusi II)

Tarikh: HARI AHAD 11 OKTOBER 2009M / 22 SYAWAL 1430H

Salinan kepada: Pengarah Hal Ehwal Masjid, NBD.

NAMA FAIL: MINIT AJK TAKMIR LUMAPAS KALI KE-2 2009

Pengikut