MASJID KAMPONG LUMAPAS
Kampong Lumapas mula mendirikan sebuah Balai Ibadah kira-kira dlam tahun 1920-an. Balai Ibadat itu diusahkan oleh Penghulu Kampong Lumapas ketika itu, iaitu Awang Kalong bin Nudin. Balai Ibadat ketika itu hanyalah digunakan untuk sembahang fardu berjemaah pada tiap-tiap malam Jumaat.
Pada tahun 1940-an, iaitu selepas Penghulu Awang Kalong meninggal dunia, Balai Ibadat tersebut kemudian dipindah ke Kampong Membarong Lumapas di atas tanah kepunyaan Awng Haji Abas bin Lamit yang mana Balai Ibadat itu diusahakan dan diimamkan sendiri oleh Orang Kaya Kesuma Awang Haji Md. Tahir bin Ludin, Ketua Kampong Lumapas ketika itu. Luas Balai Ibadat tersebut ialah dalam lingkungan 20’ X 25’. Dindingnya diperbuat daripada papan, bertiangkan kayu dan beratapkan daun nipah.
Kemudian pada tahun 1949, sebuah masjid telah didirikan berhampiran dengan jalan raya iaitu di atas tapak tanah kepunyaan Kerajaan dan Awang Haji Abas bin Lamit. Keluasan Masjid tersebut lebih kurang 40’ X 45’. Berdindingkan papan dan beratapkan zing. Masjid tersebut diusahakan oleh penduduk kampong cara bergotong-royong. Masjid tersebut dibuka Resmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan Sir Muda Omar 'Ali Saifuddin Sa'adul Khairi Waddin (Al-Marhum). Imam masjid tersebut ketika itu ialah Awang Haji Nayan bin Mahmud.1
Pada tahun 1965 dibina lagi sebuah masjid di tapak yang sama dan pada 14 Jun 1968 masjid ini telah dibuka Rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Masjid ini diberi nama Masjid Orang Kaya Kesuma Kampong Lumapas. Masjid ini dibina secara bergotong-royong dengan menelan belanja kira-kira $12,000.00. $4,000 disumbangkan oleh Jabatan Hal Ehwal Ugama (Kementerian) semantara bakinya adalah sumbangan dari penduduk-penduduk kampong.2
Imam yang bertugas masa itu (1992) ialagh Awang Haji Nudin bin Bakar. Beliau mula berkhidmat dari tahun 1966. Semantara Bilal Masjid ialah Awang Banin bin Haji Banang. Beliau berkhidmat pada 28 Disember 1983.
Masjid yang ada pada masa ini terletak kira-kira 40 KM dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina pada 17 September 1994 di atas tapak tanah seluas 5 ekar. Masjid ini siap pembinaanya pada 30 Mei 1995 dengan perbelanjaan sebanyak $38,000.000.00 (38 juta ringgit). Kapasiti masjid ini boleh menampong seramai 700 orang. Di antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah kemudahan dewan sembahyang tingkat atas dan tingkat bawah yang berhawa dingin, pejabat pegawai masjid, bilik pentadbiran, khutub-khanah, pembesar suara, internet dan telefon.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan