Khamis, 27 Ogos 2009

MINIT MESYUARAT AJK TAKMIR

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATAN KUASA TAKMIR MASJID KAMPONG LUMAPAS, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Tarikh: 14 Ogos 2009 Masihi / 23 Syaaban 1430 Hijrah
Tempat : Masjid Kampong Lumapas, NBD.
Masa: 8.15 malam / Selepas menunaikan Solat Isyak berjemaah.

Ahli Yang Hadir adalah seperti dalam senarai di bawah ini:-

1. Awang Muhaimin bin Haji Maaruf (Imam)
2. Tuan Haji Chuchu bin Haji Serudin ( Ketua Kampong Lumapas B)
3. Haji Kamis Bin Haji Talip (Timbalan Pengerusi)
4. Haji Ahmad Bin haji Sapar (Penolong Setiausaha)
5. Haji Ahmad bin Timbang
6. Haji Zamain bin Haji Said
7. Cikgu Manan bin Haji Ratu
8. Haji Abu Bakar bin Haji Jeludin
9. Haji Metussin bin Haji Hidup
10. Haji Raman bin Haji Japar
11. Haji Salleh bin Haji Jumat
12. Haji Ahad bin Haji Hidup
13. Haji Muhammad Zaini bin Haji Ibrahim
14. Md Salleh bin Haji Abd Rahman
15. Awang Sufri bin Haji Metassan (Merbut)


Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Kamis bin Haji Talip (Pengerusi II). Majlis dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Imam Awang Muhaimin bin Haji Maaruf.


AGENDA

TINDAKAN


Agenda 1 – Persediaan Menyambut Ketibaan Bulan Ramadan 1430

Seperti juga dengan tahun yang sudah-sudah, kita akan menjalankan aktiviti seperti lazimnya iaitu mengadakan Sembahyang Sunat Tarawih berjemaah sebaik sahaja selesai menunaikan Sembahyang Fardu Isyak berjemaah.

BAGI MENJAGA SUASANA BERIBADAT DAPAT DIJALANKAN DENGAN KHUSYUK DAN TIDAK MENGGANGGU PARA JEMAAH, KERJASAMA DARIPADA IBUBAPA-IBUBAPA YANG MEMBAWA ANAK MEREKA ADALAH SANGAT-SANGAT DIHARAPKAN AGAR DAPAT MENGAWASI ANAK-

ANAK MEREKA AGAR TIDAKBERKELIARAN DAN TIDAK BERBUAT BISING TERUTAMA SEKALI DI DALAM DEWAN SEMBAHYANG.

Selepas itu diikuti dengan Majlis Bertadrus. Seperti juga pada tahun-tahun yang lepas, aktiviti ini dibahagi kepada empat kumpulan. Dua kumpulan akan bertadrus di dewan sembahyang utama. Satu kumpulan bertadrus di dewan belakang, manakala satu lagi kumpulan akan bertadrus di dewan bawah iaitu untuk jemaah perempuan.

Bagi mengemaskini majlis bertadrus, AJK telah sepakat supaya dibuat beberapa usaha bagi membisaikan/memperelok lagi suasana bertadrus itu sendiri berbanding dari dari tahun-tahun yang sudah. Tahun ini akan diusahakan supaya ahli kumpulan pembaca Quran tidak meinggalkan kumpulan masing-masing sehingga selesai majlis. Ke arah membudayakan hasrat ini agar dapat dilaksana dengan jayanya, beberapa pemberitahuan samada melalui pembesar suara dan poster akan dibuat. Begitu juga kepada pegawai-pegawai masjid dan AJK dianjurkan agar dapat menjadi role model kepada para jemaah yang lain.

Sumbangan/sedekah untuk jamuan Bulan Ramadan – AJK bersetuju agar amalan yang baik ini akan dapat diteruskan dan dipelihara. Satu Surat Makluman atau Notis Pemberitahuan akan dikeluarkan kepada orang para jemaah mengenai perkara ini.

Bagi mengimbangi sumbangan/sedekah untuk jamuan ini agar jangan sampai jamuan diterima itu berlebihan sehingga berlaku pembaziran atau sebaliknya, Satu JADUAL PEMBERIAN SUMBANGAN/SEDEKAH BULAN RAMADAN 1430 akan ditampal di Papan Makluman untuk diisikan oleh sesiapa yang ingin/berhajat memberikan sumbangan pada tarikh-tarikh yang ditetapkan. Mudah-mudahan dengan langkah ini sumbangan yang diterima itu akan dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.Insya-Allah,

Sesi Ceramah – Tahun ini juga akan diteruskan seperti tahun-tahun yang lalu. Menurut Imam Muhaimin permohonan telah pun dihadapkan kepada pihak-pihak berkenaan, hanya tinggal menunggu jawapan. Pemberian saguhati kepada penceramah berkenaan menggunakan wang masjid.

Majlis Khatam Al-Quran – Majlis telah menetapkan tarikh mengadakan Majlis Khatam Al-Quran ialah pada malam 28 Ramadan 1430. Format majlis khatam akan dibaca secara beramai-ramai. Majlis ini juga diikuti dengan Majlis Tahtim. Budget jamuan dikeluarkan dari Kumpulan kewangan masjid dan juga sumbangan seangkat-angkat hati dari para jemaah/orang ramai.

Kemudahan Jamuan – Imam Muhaimin memaklumkan bahawa sebuah kem telah dipohon kepada Koperasi Tasamul bagi keperluan tempat mengadakan jamuan.

Cucul – Bagi memeriahkan lagi suasana Bulan Ramadan, Pihak Pegawai masjid telahpun memohon agar cucul yang rosak akan dibaiki/diganti oleh pihak berkenaan. Ahli-ahli diberitahu bahawa kita masih menunggu jawapan.

Dewan Sembahyang perempuan – Ada dua dewan sembahyang bagi jemaah perempuan yang biasa digunakan iaitu dewan belakang dan dewan bawah. Berhubung dengan meja yang berada di dewan belakang akan dipindah ke tempat lain bagi memberi ruang yang lebih luas.

Aktiviti 10 Terakhir Ramadan – Seperti juga di tahun yang sudah-sudah, diadakan Qiamul lail. Perkara ini adalah tertakluk kepada Imam nanti.

Alat Pendingin Udara – Berhubung dengan Alat Pendingin Udara yang rosak, menurut Imam Muhaimin perkara itu telah pun dipohon kepada pihak-pihak berkenaan untuk dibaiki.

Agenda Kedua – Sambutan Hari Raya Aidil Fitri

Takbir Malam Hari Raya – Akan dijalankan seperti biasa.

SEMASA BERTAKBIR, PADA MALAM RAYA ITU JUGA (LEPAS ISYAK DAN SUBUH) PEGAWAI MASJID, AJK DAN PARA JEMAAH AKAN MELAKUKAN KERJA-KERJA SEPERTI MEMBESIH DEWAN SEMBAHYANG DAN MENYUSUN SEJADAH. DENGAN ADANYA PENGLIBATAN DARI SEMUA JEMAAH MUDAH-MUDAHAN KERJA INI MENJADI LEBIH RINGAN.

Sembahyang Sunat Hari Raya Aidil-Fitri 1430 – Mengambil kira pertambahan penempatan penduduk yang telah berpindah ke Skim Perumahan Perpindahan Kampong Lumapas. AJK telah bersetuju menyediakan canvas secukupnya sebagai lapek sembahyang sebagai persediaan.


Pada tahun ini AJK juga bersetuju tidak akan mengadakan majlis bertahlil sebaik sahaja selesai

sembahyang raya seperti diadakan pada tahun yang sudah-sudah. Sebaik sahaja menyempurnakan Sembahyang sunat Hari raya, semua para jemaah dijunjung/dijemput untuk sama-sama menjamu selera sambil bersalam mesra dan bermaaf-maafan antara satu sama lain.

Agenda Ketiga – Hal-hal Lain

Satu makluman telah dibuat bahawa Kumpulan Kelas Muqaddam dan Al-Quran Masjid Kampong Lumapas akan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran pada 18 Ogos 2009.

Majlis telah bersetuju supaya AJK masa ini akan dibubarkan dan Pembentukan AJK yang baru akan dibentuk bagi mengganti AJK yang ada masa ini . Cadangan tarikh mengadakan ialah selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri nanti.
Penutup - Mesyuarat selesai pada jam 9.45 malam dan majlis telah diakhiri dengan membaca Surah Al-As beramai-ramai yang dipimpin oleh Imam Muhaimin. Wassalam.


Dicatat Oleh:

Haji Ahmad bin Haji Sapar
Setiausaha II

Disemak dan disahkan oleh:

YM Awang Muhaimin bin Haji Maaruf YM Hj Kamis bin Hj Talip
(Imam Masjid) (Pengerusi II)

Tarikh: Hari Sabtu 15 Ogos 2009 / 24 Syaaban 1430

Salinan kepada: Pengarah Hal Ehwal Masjid, NBD.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pengikut